Monday 30 April 2012

MY SPECIAL DAY :)


Alhamdulillah… hari ni dapat hadiah dari ayah tersayang…. Motor Honda yang saya memang dah lama nak… actually yang saya nak, yang lain.. tapi yang tuh xde kat Indonesia nih… ada kat Malaysia je… so yang hampir-hampir sama pun boleh la…. hahaha...

Walaupun esok adalah hari keramat untuk diri saya kerana hari itulah saya mendengar azan pertama kali di telinga kanan saya, kali pertama saya melihat wajah kedua ibu dan bapa saya, kali pertama saya menghirup udara di bumi Allah... melihat cahaya mentari??? Hehe.. saya dilahirkan pada awal pagi, jadi matahari xnaik lagi waktu itu… walaupun umi berdepan pelbagai masalah ketika melahirkan saya, alhamdulillah, akhirnya saya selamat dilahirkan seberat 4.6kg.... hehe...


1 mei 1990… itulah tarikh lahir saya… hari itulah yang dikenali sebagai hari pekerja… well.. saya bersyukur kerana saya lahir sebagai anak kepada Mohd Nasir bin Shafii & Siti Minah binti Tengah… terima kasih umi dan bapak… terima kasih kerana mendidik adik sehingga adik mampu berdiri disini…. Mengenal dunia… mengenal agama dan islam… mengenal iman… mengenal erti kasih sayang…. Terima kasih…


Tiada kata mampu saya ucapkan… hanya mampu mendoakan umi dan bapak… menjadi kebanggaan umi dan bapak… mampu berdiri disisi umi dan bapak…. Mampu menjadi tongkat untuk umi dan bapak… InsyaAllah, till jannah… terima kasih umi, bapak…. Terima kasih…

family till jannah, InsyaAllah... umi,bapak, ayong, along, achik, angah... adik jadi photographer je... huhu...

Saturday 14 April 2012

hurmmmm!!



Renungkan ini sebelum kita mula mengeluh dalam berbagai hal yang terjadi dalam hidup kita...

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

2. Sebelum anda mengeluh tidak punyai apa-apa,
fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

3. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk,
fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.

4. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda,
fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

5. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu,
fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

6. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu,
fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

7. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya,
fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

8. Disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu,
fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

9. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

10. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan,
tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kamu masih hidup!

Hidup adalah satu anugerah terindah dari ALLAH. Berhentilah mengeluh, hadapi pahit manisnya kehidupan ini dengan bersyukur kepada-Nya terhadap apa yang telah Dia berikan kepada kita sehingga ke saat ini...


p/s : pesanan untuk diri ini juga... insyaAllah... berubah kepada yang lebih baik.. :)


Sunday 8 April 2012

Ya Allah, kenapa ini sesuatu yang sangat saya rasai sekarang?

‎:: AKU MALU SENDIRI ::

~>> Kamu LELAKI SOLEH, DISANJUNG dan DIHORMATI RAMAI..memiliki iman yang INDAH tetapi aku SEORANG WANITA yang berduka, solehahku tidak pasti..masih cuba MEMPERBAIKI DIRI..jauh di sudut hati, aku ingin MEMILIKI seorang lelaki soleh yang HALAL buat diriku..

Aku MALU sendiri, sekarang aku dalam PERUBAHAN.. mengenal Penciptaku, mengenal agamaku, mengenal tujuan hidupku..aku kini sedang BERUSAHA, tetapi aku hanya mampu MENGAGUMIMU dari jauh dan itu CARAKU..aku lebih PERCAYA, LELAKI SOLEH adalah UNTUK WANITA YANG SOLEHAH..♥♥

kenapa? kenapa? kenapa sekarang aku berasa sebegini... terasa kesal kerana alpa dengan dunia selama ini... aku leka... aku lupa dunia ini hanya sekadar permainan yang akan tamat dengan kematian dan kembali kepada yang Esa... 

masa masih ada... peluang masih terbuka... inilah pilihanKu... inilah jalanKu :)

p/s : semoga aku mampu berubah menjadi yang lebih baik... insyaAllah :)


Tuesday 27 March 2012

bercerita sket... :)


Minggu lepas adalah minggu dimana saya diuji dengan kenangan kisah silam… kepercayaan saya dikhianati… saya kecewa sangat.. terlampau kecewa... sehingga hari ini sy masih tidak mampu berkata-kata dengan kawan saya ini… bukan saya marahkan dirinya.. tapi semua ini hanya kerana perasaan marah pada diri sendiri…

sejak di zaman persekolahan lagi, pasti semua ini terjadi.. kawan tikam belakang saya, kawan khianati saya, kawan memfitnah saya, dan banyak lagi sehingga saya sukar untuk mempercayai sesiapa pun… di awal sek ren, ketika semua ini terjadi, saya hanya marah… marah…marah… sehingga saya tidak sedar ia menjadikan diri saya seorang yang hot-tempered…lama-kelamaan, saya mula penat… penat memarahi orang… penat mempersoalkan kenapa mereka sanggup melakukan sebegitu sedangkan kami berkawan…

kembalinya saya ke sek men, saya mula bertindak mengasingkan diri… lebih baik tiada kawan dari ada,akhirnya mengkhianati saya.. hanya memiliki beberapa orang kawan sahaja… itulah saya seawal tingkatan satu… sehingga saya dikatakan seorang yang sombong, berlagak… well, itulah yang dimaksudkan judge the book by it cover… manusia suka membuat konklusi sendiri… di matrik, di university, semua ini pasti berlaku… saya letih sangat.. letih.. letih… sehinggakan saya tidak berperasaan untuk marah lagi… biarkan je la mereka… ini dunia mereka…

namun, kini saya sendiri tidak mampu memahami diri ini… saya tidak berdaya nak marah mereka atau berniat untuk tidak memaafkan mereka… jauh sekali untuk membalas segala yang mereka lakukan… biarlah segala perbuatan mereka, ditanggung mereka sendiri… apa-apa ingin dibicarakan, kita bicara di akhirat nanti.. apa yang ingin dijelaskan, kita tuntut di akhirat nanti… itu saja yang mampu saya katakan… well, what goes around comes around…


umi bapak saya hanya mampu bersabar dan menyokong saya… awal-awal semua ini terjadi,mereka hanya menasihati saya untuk bersabar…. Lama-lama mereka juga marah… marahkan saya kerana mudah mempercayai orang… akhirnya saya juga yang menangis kecewa… tanpa mereka sudah tentu saya sendiri tidak mampu berhadapan dengan ujian sebegini… setiap manusia saya kenali, pasti saya mulakan dengan tanggapan positif sehingga ia membutakan saya… sebab itu, semua ini sentiasa berulang terjadi… kini, saya percayakan seorang hamba Allah ini.. akhirnya benda yang sama terjadi… ini bukan salah dia…semuanya salah saya… ini bukan kali pertama ia berlaku, saya sendiri sedar semua ini.. tapi saya tetap leka dan sentiasa mempercayai orang yang salah…

‘ Siapa yang melupakan sejarah ,pasti akan mengulanginya kembali ’

Ok…. Actually, saya bukan nak menceritakan kisah sedih hidup saya… MARAH…. Itu yang ingin dibicarakan  kali ini…. Marah boleh dikatakan menjadi sebahagian dalam diri manusia… bezanya samada mereka mampu mengawalnya ataupun tidak…

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” 
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

       Jelas terlihat betapa pentingnya untuk kite mengawal sifat marah dalam diri… Bagi kita, sebagai orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa redha dengan takdir Allah SWT bahkan agar diri ini insaf terhadap-Nya. Kita sendiri sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w
" Wasiatkan kepadaku. " Sabda Baginda, " Jangan marah. " Kemudian beliau berulang kali bertanya. Sabda Baginda, " Jangan Marah "

Banyak cara mampu meredakan perasaan marah dalam diri kite seperti mengambil wuduk dan beristighfar. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya dan ia  memberi penawar hati yang marah dan gundah, kerana sesungguhnya hati ini tunduk kepada Allah. 

"Sesungguhnya marah itu datang daripada syaitan sedangkan syaitan itu berasal ciptaannya daripada api. Sesungguhnya api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang kamu merasa marah maka hendaklah ia berwuduk". (Riwayat Abu Dawud)

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan kita berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah… InsyaAllah,  kemarahan akan mulai reda.

Semoga kita sama-sama mentarbiyah jiwa kita dengan sifat lemah lembut kerana amatlah tidak berdosa kalau kita berlemah lembut dalam perkara kebaikan dan bertegas dalam perkara kemungkaran. Wallahu a'lam. 

p/s : pesanan untuk diri sendiri.... sabar ye anis... :)

Sunday 25 March 2012

DUGAAN:)

             Erm…. Xdapat dah nak tulis kat fb klau sakit…. Ada reporter yang suka sampaikan pada umi dan bapak… haiihhhh…. Orang punye rahsiakan xnak kasi diorg tau… kakak2 pun xkasi tau tapi  ada jugak orang lain yang pegi kasitau… adeh…. Nk kna siasat siapa orang nih….hehe… so….Terpaksa la tulis kat blog plak…. Erm….


              Actually, Diri nih dah 2 minggu demam…. Mulut pahit je….Dapat selsema yang x sembuh2… tambah plak batuk–batuk yang sangat menyakitkan… dapat dengar bunyi dalam tekak seolah-olah batuk kering plak… dada yang pedih sangat time batuk… kadang sampai termuntah apa yang dimakan… dengan tonsil yang membengkak…. Pedih dan sakit nak menelan bila nak mkn… well…xpe2.. bleh kurus la cmnih…. Heheh…

              Namun, hati ini bersyukur sangat… dalam kesakitan sebegini, diri ini tidak menjadikan semua ini sebagai alasan untuk tidak menghadiri kuliah, dan taklim… jauh skali untuk tidak beribadat kepada Allah… walaupun terpaksa membaca Al-Quran dengan sengau dan tersekat-sekat…. Waktu sakit sebeginilah,kita sepatutnya mendekatkan diri dengan Allah… seandainya ajal menjemput, terimalah ibadat kita hari ini setidaknya untuk memberatkan timbangan kita di sana nanti…insyaAllah…


              Mungkin ini dugaan Allah untuk mengampunkan dosa –dosa aku…..Alhamdulillah, smoga dosa-dosa ku selama ini diampunkan…. Kuatkan semangat untuk bertahan ye.. insyaAllah…

Nabi SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada sesuatu menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan mengingatkan apa yang berlaku sehinggakan tikaman duri mencucuknya melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosanya.” (Hadis riwayat Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah)


Sunday 18 March 2012

Kembalinya sifat hot-temperedku…


Erm.. ari nih nak cerita satu kisah yang mana betul-betul mencabar satu perangai yang saya cuba mengatasinya hampir 5 tahun…. Alhamdulillah, selama tempoh itu, saya berjaya mengatasi segala masalah dengan tenang dan sabar…. Dan apa yang berlaku semalam, memang mengejutkan parent saya sbb ketenangan dalam diri saya selama nih meletus pecah…boom…boommm…bang…. Heheh….

Semalam ada match volley ball antara setiap batch di university saya.. well setelah beberapa tahun saya mengasingkan diri dlm volley nih, akhirnya saya pun join la kerana team saya xcukup orang… games bermula jam 12,so kitorg diwajibkan berada di sana 11.30… well seperti biasa la… AJK pun xnmpk muka…same jugak group laen… so dalam jam 1 lebih baru games dimulakan….huhu… xpe…semangat kami tetap kuat.. hehe… nasib baik, setelah diundi group kami first team yg lawan.. hehehe…

Kemudian, group by group pun lawan… keadaan sangat riuh –rendah dengan sorakan penyokong… oh ya, dlm team kami ade 2 junior yang memang beria-ia nak menang, nk medal… setiap kali practice,diorg akan datang sejam lebih awal… wow… terharu sangat… thanks korang... dlm team kami jugak ade senior farmasi yang final year, so apa yang dia harapkan hanya mahu jadikan match ini terbaik yang terakhir for her… tuh pun xkisah la menang atau tidak… juz habiskan perlawanan ini sebaiknya.. dalam group kami jugak ada 2 orang yang harus ke bandung untuk celebrate  birthday bezfren diorang… diorang yang organize party tuh… so from 2.30ptg yang sepatutnya diorang bertolak wif semua kawan- kawan satu kelas, akhirnya kitorg mintak diorang stay smpai kul 4… paling x pun kul 5… so demi  team, diorang terpaksa book satu lagi extra shuttle for them…

Ok..ok.. back to games… dalam kul 4.. group kami dah siap maen… hanya satu je perlawanan team kami yang tinggal…sepatutnya group kami yang lawan, akhirnya diberi laluan untuk team lelaki sbb ada beberapa ahli diorang join match badminton.. so kitorg pun setuju je la.. sbb xnk badminton plak start lmbt...sepanjang match bermula dari 11.30 smpai sekarang, kami semua xmakan sebab xnak nnti ketiadaan kami melambatkan perlawanan... then ,kami tanya AJK yang bertugas, sempat ke kami nak lawan, die suruh kami tggu jugak.. sebab die cakap sempat… member kami yang harus ke bandung tuh dah tidak duduk diam….

Then, team lelaki dah abis lawan.. so sepatutnya team kami… tetiba team gurl laen yang msuk lawan… bila ditanya kenapa, rupa-rupanya diorang ade osce exam.. so need to study… ok… walapun kami fkg and farmasi xde exam osce tapi kami fkg ade uts the next day,ok!!! Need to study jgk ok…and farmasi ade 3 report case + assignment yang harus diantar jugak ok!!!! Oh ya, sewaktu korang mintak kebenaran pada kami untuk benarkan team lelaki lawan dlu,kitorg ckp ok tapi ada ahli kitorg yang ade hal, then korang jwb, semua team, ada ahli yang ade hal,so tunggu je la ye… tetiba korang kasi team gurl laen plak…  tolong la jangan fikir kami bukan student fk, student twp, kitorg nih relax je… xde keje nak buat…

After 2 jam lebih menunggu turn kami, Then tetiba ketua perlawanan datang jumpa kitorg,  mintak kitorg lawan esok… why?????????? So kitorg cakap TAK NAK!!!... then dia cakap klau cmtuh, lawan untuk 15 point je.. so kitorang pikir jap.. tetiba xsempat kitorg bincang, korang tukar jadi lawan untuk 1 set je… ha??? Then, junior kitorg xnak sebab lawan satu set,mane sempat nak menang… Then, korang kasi pilihan lawan 2 set, tapi 11 point je ATAU lawan 1 set dengan 21 point… so kitorg setuju dengan 2 set, 11 point… bila dia pegi pada other team yang sepatutnya lawan kami, junior 2011, diorang nak lawan esok pagi… alasan, nak solat la.. night blindness la.. abis, kami yang terpacak kat sini dari jam 11.30 smpai waktu tu, xsolat ke… masjid ade dekat je…. Zohor , Asar kami solat je kat situ… oh ya,lupa.. korang dtg td lepas kul 12,dah masuk zohor dah...

yang ketua nih pun asyik tanya ape kitorang wat pagi esk, ade hal ke x.. adeh.. yang kitorang duk jawab dari tadi tuh ape??? haih... 2 member kitorg terlibat dgn jualan untuk games esok.. konpem2 xtdo mlam..then korang nk kitorg dtg kul 7pg, lawan???  dah ari nih, jadual untuk perlawanan nih.. abiskan je la....ni x...

Finally, setelah “berbincang” kononnya… akhirnya ketua tuh datang and said “ kami pihak pengurusan games dah tetapkan, perlawanan esok pagi jam 7, mane yang xdatang akan disqualified… " what???????????? xyah r nk jeri cmtuh kat kitorang depan2 junior... tau r hero....eh!!!!!!!!!  Cop..cop… diorang xnak lawan, diorg x disqualified… kami plak yang akan disqualified… apekah???????????? Tau la diorg junior… dengaan muka manja, baiknya, mintak2 ngan korang… tapi xyah r nak bias cmtuh… oh ,lupa…. Diorg kan junior korang…. so apelah sangat,right???? Jaga hati diorg.. biasa lah tuh…..

Abis, harapan junior saya???? Senior final year saya??? Kawan saya yang terpaksa keluarkan duit sndiri for shuttle?????? Sape nak jaga hati diorang?????… junior saya yang chinese tuh jawab it’s ok dengan penuh kekecewaan sampai xpndang muka kitorg… senior kitorang dengan muka kecewa pun cakap xpe la.. games camni plak… member kitorg akan sempat je naek shuttle same dgn classmate laen klau korang gtau awal yang kitorg akan lawan esk…. Xperlu kitorang hold diorang smpai cmtuh skali… xpe la, duit for new shuttle, bleh je mntak ngan parent, junior kitorg pun leh fight next year for medal... abis, senior kitorg??? nk call dia dtg bndung next year???

kalau korang malay yang buat cmnih, so jgn mengada nak blame bila one day, chinese xnak join apa2 program korg anjurkan… so do I !!!!!! ingat, what goes around, comes around... Allah Maha Adil....

Monday 12 March 2012

sekadar bercerita :)



Sunyi je malam ini…. Kebisingan yang sering didengari sudah lenyap… hehe.. baru perasan, jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.. well, mata nih belum lagi mengantuk, so dari masa seperti ini dibiarkan berlalu, saya update-kan blog la… hehhe…

erm.. actually, terasa ingin menceritakan satu kisah… hehe.. menarik plak pendahuluan dia… cmnih…

satu hari, ada seorang hamba Allah A ini sedang kusyuk bercerita, bergelak ketawa dengan teman-teman sekelas… entah ape yg berlaku sehingga dia terasa sangat ceria hari itu…

“ mimpi berjumpa putera raja kah??? Hehe.. xtau la.. wallahua’lam…”

tambahan pulak, lecturer xdatang.. so nk tggu the next kelas, dia berborak-borak la… masa semakin berlalu, die tetap asyik bersama rakan-rakannya… tiba satu saat, salah seorang teman perempuannya perli memerli salah sorg teman mereka, ape yg lucunya, saya pun xtau, diorg high-5 dengan yang memerli tuh, tnda setuju… hamba Allah yg sedang gembira pun turut sama high-5… kemudian, yang diperli (lelaki) itu pun membalas balik kata-kata teman tadi… dalam tidak sedar, ketika semua berbalas high-5, hamba Allah A pun turut sama berhigh-5 dgn lelaki tadi…

 “ eh??? ”

dengan penuh rasa tidak selesa, dia mengundurkan diri... hatinya mempersoalkan tindakannya tadi… terasa dirinya serba xkena… dia sendiri juga tidak mampu mengawal perasaannya itu…

“ Ya Allah, ape yang aku dah buat nih… salah tuh… astaghfirullah…”

disini, die mula menyingkap semua tindakannya, sikapnya, pahaman dirinya, akhlaknya… Alhamdulillah, die masih mampu menyedari kesalahannya… kelemahannya…


Ingatlah, syaitan sentiasa ade bersama.. mencari titik kelemahan kita… itulah pentingkan kesedaran, kesederhanaan…. Bila-bila pun kita boleh terleka dengan dunia, alam fantasi di bumi realiti….

Di sini juga pentingnya sahabat… teman-teman… suami…isteri…. keluarga… yang akan membantu kita.. menemani kita… mendukung kita… menarik kita… menunjukkan jalan untuk kita… supaya kita sentiasa memantapkan iman untuk berada dijalan-Nya, istiqamah di jalan-Nya… InsyaAllah…



Friday 9 March 2012

MENGADULAH, JANGAN BERSEDIH :)

                Wah….dah lame blog terbiar bersawang….erm…sebenarnya xde idea nk dikongsikan… Cuma sekadar pemerhatian sepanjang minggu ini…

                Saya manusia biasa… hamba Allah S.W.T… umat Rasulullah S.A.W… dalam hati saya ada iman yang memang pasti ada naik turun nya… Cuma sering diri ini bertanya 1001 soalan setiap kali diduga.. Alhamdulillah, sekarang saya lebih kuat untuk mencari alsan untuk terima dan redha dengan ujian Allah.. Alhamdulillah, saya mampu mencari alasan dan pemikiran positif untuk menerima baik dugaan ini.. bukanlah ada niat untuk memuji diri tapi sekadar dikongsi bersama…

              Saya manusia yang lemah… tiap kali diduga, pasti saya mengeluh, menyalahkan keadaan, menbenci semua… tapi tiap kali saya bersujud pada solat malam saya, saya amat menyesali segala tindakan saya… ternyata saya gagal dengan ujian Allah….


              Umi selalu kata Allah sayang adik, sebab itu, Dia duga saya… Dia nak dengar rintihan saya, bicara saya…..akhirnya, segala tindakan saya, saya trima dengan baik… andai saya tidak mampu bertahan kuat menghadapi dugaan, segala saya mampu lakukan, hanya berserah dan bersujud… kerana waktu bersujud itulah, waktu kita paling dekat dengan Sang Pencipta… berserah segalanya pada Dia…

              Alhamdulillah, diri ini jauh berbeza dengan diriku yang lalu… syukur, Alhamdulillah… segalanya hanya padaNya… segala permintaan dan hasrat dihati, hanya diluahkan padanya…                 Alhamdulillah, diri ini sudah kurang meng-complain tentang semua dalam hidup ini… sedihnya… diri ini xpernah sedar sebelum ini… segalanya ade yang xkena… smua ade kurangnye… sehingga diri ini lupa untuk mengucapkan syukur dan terima kasih pada Maha Pencipta… astaghfirullahalazim….. mana iman dalam diri ini….

           So, kawan… ape saja kesedihan, ketidakpuas hati, kekecewaan….mengadulah pada-Nya… sesungguhnya Dia maha Pengasihani…. Dialah mempunyai segala-galanya… kita hanya merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang…. Mungkin rancangan-Nya lebih baik untuk kita dari rancangan kita…


INGAT…ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TERBAIK UNTUK KITA… BERLAPANG DADA…
 INSYAALLAH…. 
SENTIASA YAKIN DAN BERFIKIRAN POSITIF…



Saturday 3 March 2012

Wahai dirimu disana, ini pesanan diriku….disini….

        
            Pelik dan musykil...hehe... sejak seminggu dua nih, ramai sahabat2,kawan2, senior2 bila bertemu, ramai kata muka saya berseri... muka orang bahagia....xkurang juga kawan-kawan yang kata saya akan kahwin before saya abis blajar di UNPAD nih... ish2... xphm jgk tang mana diorg nmpk masa depan saya tuh...hehe…


         Well, ramai juga yang tanya pilihan hati saya… jawapan favourite saya ialah, tiada calon la… nk wat cner…. Tetapi bagi kawan yang rapat dengan saya, mesti tahu sebenarnya yang berlaku.. memang ada yang meluahkan perasaan mereka tapi saya bukanlah menginginkan seorang kekasih… yang mampu bermadah kata, mencairkan hati….


          Ok…ehem2… hari tuh saya ada terbaca satu ayat nih kat fb.. ‘jangan kata tiada calon tapi katakanalah, sedang mencari calon…’ btul..btul..btul… hati saya sangat suka ayat nih…entah la.. Ada juga yang kata, kita perempuan, tunggu je la pinangan seseorang… ada juga yang kata, seseorang yang hadir dalam hidup kita,itulah yang terbaik…. Macam-macam la…




            So… pilihan saya senang je…. Memang ramai yang berkata mustahil untuk mencari someone seperti yang saya harapkan…(bila difikirkan..erm… kalau saya mampu mempunyai sahabat yang mampu bertahan dengan kelemahan saya, kenapa harus mustahil untuk mencari pasangan hidup?) 


 Allah sentiasa tahu yang terbaik untuk hamba-Nya…


           Wahai dirimu disana, ini pesanan diriku….disini….
jadilah dirimu seorang yang….

  • Mampu menjadi imam dalam solat saya…
  • Mampu membantu saya menjadi isteri yang solehah…
  • Mampu menundukkan keegoan saya ataupun dirinya…
  • Mampu bersabar dengan sikap mudah jeles saya…
  • Mampu menegur kesilapan dan kedegilan saya dengan kelembutan…
  • Mampu membaca diri saya yang susah marah tetapi suka memendam…
  • Tidak marah dengan diri saya yang alwaiz pentingkan diri orang lain (terlampau) dan akhirnya saya juga yang merana… saya juga yang diperguna… saya jugalah yang menangis kerana hati yang terluka…(sahabat2 alwaiz marah saya kerana sikap saya ini… tidak terkecuali ibu bapa saya yang menasihati saya untuk berubah… xphm juga saya kenapa..) well…saya percaya pada balasan Allah yang sentiasa ada dan adil… HE make me like this not for nothing… its mean something…
  • Mampu bersabar dengan sikap saya yang mudah berubah fikiran last-last minit…
  • Mampu bersabar dengan sikap ON-TIME saya… no late…seriously!…
  • Mampu bersabar dengan sikap saya yang cepat lapar dan mudah marah dan badmood bila lapar… dan kalau still xdpt makanan juga,lastly saya menangis bila terlampau lapar… ish2… (kesian kawan-kawan saya… alwaiz kna teman saya kuar makan…)
  • Lastly, mampu memaafkan saya dengan diri saya yang mudah gastrik dan pening2… … (dan tersangat malas makan ubat.. hehehe…) tidak pernah terdetik untuk menjadi beban kepada sesiapa… 
  • Selebihnya??? Well… kenalilah diriku setelah aku sah untuk dirimu….


Tuesday 28 February 2012

BUAT MUKA??? :(


Buat muka??? Apakah itu??? Hehe… erm… sesuatu perbuatan tanpa disedari??? Well, actually hal nih selalu kita lihaT ataupun kita sendiri yang buat… terutama bila kita xpuas hati dengan seseorang, jelez dengan seseorang, sakit hati dengan seseorang dan juga bila berdepan dengan orang yang kita xsuka…

Selalunya penyakit buat muka nih ada pada perempuan… bukan niat nak mengutuk kaum sendiri tapi itulah hakikatnya… kalau takpun, sering ‘datang bulan’ dijadikan alasan kenapa mereka buat muka… adeh.. kenapalah mesti jadi begini….


Memang jelas kita lihat, bila bermasam muka, confirm2 dua orang hamba Allah ini tidak akan bertegur sapa antara satu sama lain… ditambah plak dengan keegoan masing2,langsung tidak bertegur sapa untuk beberapa jangka waktu,malah ada yang terus tidak bertegur sapa…

“Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al Hujuraat: 10)

Kenapalah mesti kita bermasam muka dengan orang sekeliling kita… kita yang ada masalah dengan orang lain, akhirnya kawan-kawan kita juga yang jadi mangsa dengan sikap kita… buat muka sepanjang perjalanan… INGAT!!! Kawan kita adalah seorang yang ada disisi kita, yang ingin menemani kita, yang hadir dengan hati terbuka… bukan seseorang yang kita cari atau kita pilih untuk bersahabat dengan kita… bila2 masa dia boleh pergi dari kita… so please lah… hargai teman-teman kita… jangan hanya kerana perangai kita yang buat muka xbertempat, kita kehilangan sahabat kita…

Memang lah sahabat yang sejati akan sentiasa bersabar dengan kita.. tetapi itu bukan alasan untuk kita kekal dengan perangai kita…

“ berubah demi kebaikan bukan suatu hipokrit…”

Yang paling menyakitkan,apabila kita bermasam muka, kita turut menyebabkan kawankita juga menjadi letih… menyebabkan dia badmood… menghancurkan semangat dia…merosakkan hari teman-teman sekeliling kite…  tidak pernah ke terdetik dihati kita rasa bersalah terhadap kawan-kawan kita??? Erm… sedarkah kita sebenarnya kita bersifat pentingkan diri sendiri???
Sering kita tidak cukup tidur, bergaduh dengan keluarga, dan banyak lagi masalah atau keadaan yang menyebabkan kita “ bad mood”… sepatutnya kite bersabar… bukannya melepaskan ‘bad mood’ kita pada kawan2 kita…

Jangan jadikan ‘ini memang sikap aku dari dulu’ sebagai alasan...


PLEASE LAH!!!! Stop mencipta seribu satu alasan… ubahlah diri sendiri… KERANA SETIAP MANUSIA ADA TAHAP KESABARAN MASING-MASING…bukan diri kita sahaja yang boleh buat pilihan…

“ I AM YOUR FRIEND… NOT YOUR OPTION…”

Janganlah hanya kerana sahabat kita seorang yang penyabar… alwaiz bersabarrrr… alwaiz fikirkan orang lain more than diri dia…. Alwaiz ada bersama kita… Alwaiz berdiam diri dengan sikap kita…  kita jadikan itu sebagai kelemahan dia…. Dia bersabar bukan kerana dia lemah… dia bersabar bukan kerana dia perlukan kita… dia bersabar bukan kerana dia tiada kawan lain… die bersabar bukan kerana dia lemah….

Dia bersabar kerana dia IKHLAS dengan persahabatan kita!!!!! Hargailah DIA!!!!
Bak kata orang ‘klau nak, aku pun boleh je wat muka kat ko k….
tapi aku xwat sebab ko kawan aku….paham!!!’

Remember this before it’s too late…


Friday 24 February 2012

demam???


          Sering kite dengar kawan-kawan kita bercerita tentang artis Korean yang diorg minat… tidak terkecuali teman-teman saya yang juga tergila-gila artis Korean.. pelik juga tuh.... malah ada juga yang inginkan teman hidup yang sweet dan stylish cam artis yang diorg minat…setiap nama yang ada dalam group dapat diorg hafal dgn mudah… waaaaa….  tapi, alangkah bagus kalau saya dapat hafal anatomy dan physio semudah mereka tu…kan bez... hehe.. senang hidup :)

          Well, saya pun boleh dikatakan baru mengenali lagu2 korean nih… *ketinggalan zaman jugak saya nih.. heheh… kalau dulu-dulu, selalunya minat lagu yang dari filem Korea je… setelah mengenali beberapa teman yang minat artis korea, saya mengenali group-group yang ada…adeh.. erm… ape lah nak jadi nih... tetapi...INGAT,dengar sekadar dengar je k... jgn melebih plak ye :) hehe.... 


        " Sememangnya saya tidak paham setiap erti lirik lagu korea tuh, so ape je saya buat… setiap masa lapang, saya akan search translater bagi lagu yang saya minat… at least, dapat jugak paham ape diorg nyanyikan... haihhh.. parah tul... SO xde hal la kan nak dengar lagu bahasa ape pun,selagi kita ade usaha untuk memahami lagu tuh... tul x?...  usaha itu kan penting...kan..kan.... " 

          ooo...camtu ke.... adeh... ish2...

         SEBENARNYA!!!! Semua nih tidak memberi makna pape pun… cuba kita fikirkan....kalau lah kita boleh mencari maksud disetiap lirik lagu, kenapa ada antara kita sangat susah untuk membaca Al-Quran dan memahami maksudnya… sedangkan tafsir Al-Quran banyak dijual di merata-rata tempat tanpa perlu search di internet… erm.... kenapa lirik lagu mampu dihafal sedangkan satu surah pendek pun, ada diantara kita yang xmampu menghafalnya.. kenapa setiap nama dalam group tuh boleh kita ingat, sedangkan nama-nama Asma Allah susah untuk kita ingat... kenapa kita boleh ambil tahu tentang artis-artis korea sampai inginkan teman hidup yang "COOL dan STYLISH " seperti mereka sedangkan kita tidak pernah ambil tahu salasilah IDOLA yang menjanjikan kita kebahagiaan didunia dan akhirat... 

       ~~~ apa-apa pun, berpada-padalah ye... melebih-lebih itu xbaek k... heheh.... jangan marah ye...
       
       p/s : pesanan untuk diri saya juga :) 





Monday 20 February 2012

DONE :)

Semoga Allah menganugerahkan kita satu cinta yang paling indah, halal dan berkekalan hingga ke Syurga… InsyaAllah :)

Ada..sesungguhnya ada….
Ada rasa cinta kepada dia..
Ada rasa rindu pada dia…
Namun sahabat..aku tidak tahu siapa..

Selalu ku doa untuknya….
Agar dia baik2 saja…
Dipelihara iman..terhindar dari kemaksiatan
Dipermudahkan segala urusan…
Walau di mana berada..

Pinta ku pada tuhan yg maha kuasa…
Agar dia melindungi dia..
Kerna dia maha tahu segala…
Sedang aku tiada daya…tiada kuasa…

Sering juga ku pinta…
Dalam istikharah cinta..
Agar dijelmakan dia…
Dalam lena atau jaga…

Namun ku redha..ku mengerti..
Dia lebih mengerti perihal diri ini…
Belum masanya kami mengenali..
Cukuplah doa ku sering mengiringi…

Aku menanti untuk yg halal hadir
Menjemput diri seperti yang ditakdir
Kerna namanya telah tertulis sejak azali
Dalam kitab suci perjalanan insani..
Dlm doa kudusku setiap mlm..

Aku memang mencintai dia dalam diam…


“dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
 ( surah ar-ruum ayat 21 )

Saturday 18 February 2012

SANG PERMATA HATI YANG SUCI....

        Salam semua…. Sudah sebulan blog ni ditinggal bersawang…. Maklum la… cuti sem… mesti la digunakan untuk bersama keluarga… syukur Alhamdulillah, saya dapat bertemu dengan keluarga baru… satu permata yang suci dan sememangnya mencairkan hati saya yang keras ini… AUNI NASIRAH…


        Maklumlah, saya anak bongsu.. xpernah ade yang lebih kecil dari saya dalam family.. buat pertama kali, saya mempunyai anak saudara… baby… memang complicated untuk difahami.. kerana mereka belum mampu berkata atau mempamerkan sesuatu yang mampu kita fahami selain daripada menangis…

        Alhamdulillah… seorang baby yang amat baik.. susah untuk menangis… jarang untuk dapat mendengar auni menangis.. seorang yang suka mandi dan menonton tv…. Pelik untuk seorang baby.. tetapi itulah auni… seorang yang ske bercakap walaupun dengan tv… dia memang xsuka baring.. so kitorang terpaksa dukung die.. well, saya memang suka baby so xde masalah kalau nak kasi saya dukung lama pun.. tapi dlm masa 2 bulan die dah seberat 6kg… satu pembesaran yang cepat… dlm masa 1 setengah bulan, leher die dah keras… menakjukkan… Alhamdulillah…

        Well, auni alwaiz tido dengan saya… saya alwaiz peluk die… selalu letak kepala saya dengan kepala die…saya mandikan, saya kasi die susu botol, saya pakaikan baju, salin lampin, saya juga la yang tidurkan die..  saya suka cium die… pastu auni mesti marah… cot cit cot cit cot cit… mesti ade je die ckp… well, xde orang yang phm pun…hhahaha…

       Sebulan setengah cuti sem ini saya penuhkan dengan auni je… memang ramai kawan yang merajuk sebab saya terlampau buzy dengan auni.. but she make my life so beautiful… tidur saya juga terganggu… but it’s nothing… saya seronok melayan kerenah die.. saya xtidur pun xpe… time tido, die ske mengeliat… erm.. biasa la… die xleh tidur dalam gelap n sorang… hehe… cam maksu die jgk la.. hehe..

        Sblm saya pulang, umi ade citer pipi auni naek something,tapi mane la saya tau ape yang maksudkan.. then, bila saya balik, saya dapati itu bukan normal, sbb saya pernah belajar tentang itu di unpad, so saya bawa auni p klinik.. the doc kate die allergy kulit.. so kna tukar susu, dari susu lembu kepada susu soya.. sabun yang medicated pun xleh juga.. mmg same cam maksu die.. hehe…

       Susah untuk berpisah… terasa cam nak cepat2 kawen n dapat baby je… *gatal plak..ish… ok..ok.. auni memang terlalu istimewa… seorang yang suka dengar zikir… lps subuh mesti die xnk tidur.. suke bersembang time tuh…. Hehehe… dan saya suka melayan… sangat2 happy… sejujurnya, auni mengajar saya seribu erti… malah gelagat die, membuka mata dan hati saya…

       Well, dalam sedar x sedar.. tiba masa untuk saya kembali ke bumi Indonesia untuk meneruskan perjuangan saya… satu malam sebelum hari saya fly, saya dah start menangis.. malam itu memang xmampu saya pejam mata dari memandangnye, memeluknye… esok, selepas subuh saya dah bertolak, auni pun ikut juga ke airport… seperti bias, auni murah dengan senyuman dan celotehnya… saya berasa tenang untuk fly.. tetapi, tiba untuk saya boarding, die menangis semasa saya menyerahkan dia pada kakak saya… keadaan terlalu sukar untuk saya berlagak tenang….

       Kehidupan selama sebulan setengah dengan auni mengajar saya banyak perkara… keseronokan, kesabaran…. Ya Allah, aku betul-betul bahagia…satu nikmat yang xmampu diceritakan, dibayangkan… L











Saturday 7 January 2012

Kenapa???

Kenapa???

Ya Allah, kenapa aku harus diuji sebegini? Kenapa aku yang Engkau pilih untuk diuji? Besarkan dosaku padaMu sehingga Engkau menduga aku sebegini? Sering diri kita bertanya, persoalkan,meratap… sering kita mengeluh apabila diuji… sedangkan kita lupa,
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Sukar untuk kita pahami disebalik setiap perancangan Allah kepada kita. Kadang-kadang kita sebagai hamba sering menyalahkan Allah atas sesuatu yang berlaku. Tanpa kita sedar, sebenarnya, perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya untuk kita… hati ini sering marah, geram apabila kita gagal mencapai apa yang kita inginkan, malah waktu inilah, syaitan akan mencuba untuk membolak-balikkan hati kita agar meletakkan seribu satu kemarahan, ketidakpuasan hati kita kepada Yang Maha Pencipta… Nauzubillah…

Namun, godaan ini tidak mampu mengubah hati yang dekat dengan Allah, yang sentiasa yakin dengan Allah, yang sentiasa bersangka baik kepada Allah.
Sebagai sebuah hadis qudsi Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW bersabda ertinya:
“Allah berfirman : Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan Aku bersama mereka apabila mereka mengingati-KU” (Riwayat Muslim)

Disinilah pentingnya Iman dan Taqwa… satu perkataan yang mudah maksudnya tetapi sulit untuk kita jaga… hati ini sememangnya lemah, dan akan semakin lemah andai kita tidak menjaganya… dalam islam pun ada ajar fiqh muwazanat(pertimbangan)….bila bertembung dua perkara yang penting,kita ambik yang paling sedikit mafsadahnya… tapi ingat,jangan salahkan Allah…Dia seriously sangat  baik.. jangan hanya kerana Allah bagi kita susah sikit,kita dah lupa banyak yg dia bg kita….

Paling penting, Dekatkanlah diri kita dengan Allah…,ada masa nanti tahajjudlah(peringatan buat saya jugak)..berbual2 ngan Dia..Ustaz Hasrizal kata,bukan allah tidak tahu apa yang kita nak,tapi Allah nak kita bermanja dengan dia,berbual ngan Dia,n mengakui kehambaan kita pada Dia… Sweetkan Allah.. nak kita selalu dekat dengan Dia,macam couple,kalau berpisah jauh sikit je,Dia cemburu, so,Dia bagilah macam2 dugaan dan cabaran sebab nak attract attention kita balik :) …. Sebab DIA saaayang sgt kat kita…. Jawapan dari Allah itu tersangat manis dan penuh makna…. So sweet :)


p/s: kepada yang bersedih xdapat balik dan terlalu homesick,ingatlah…. InsyaAllah tempat yang kita berada sekarang adalah tempat yang terbaik…nak tau kenapa? sebab tempat kita yg paling baik adalah bila ibubapa kita redha,impian mak ayah kita… InsyaAllah, ibu bapa kita mesti paham, anak dia tengah fi sabilillah,study.. (^_^)

Wallahua’lam..



Sunday 1 January 2012

2012.. ape ertinya?

2012... pelbagai ucapan diucapkan oleh temanku... tidak kecuali  juga yang bertanyakan hidupku dimasa hadapan... entah la... saya tetap manusia, bakal dentist, insyaAllah...hamba Allah, khalifah dibumi, anak bongsu pada umi dan bapak,  tidak lupa juga, ada yang mengutuk peningkatan umur saya... hehe.. ye la... dah 22 tahun plak sekarang... tapi blom sah lagi ye... belum 1 may lagi... hehe... ada yang menanyakan status ku... adeh.. ape la ade dgn status... still SINGLE k... ish2... belum dipertemukan jodoh lagi ye.. dan ada juga yang tidak lupa berpesan untuk saya pertingkatkan iman.. Alhamdulillah... insyaAllah, saya akan cuba mengubah diri ini ke arah yang lebih baik... jaga diri, jaga iman...


 tapi disebalik semua ini....




Ya Allah.. terdetik rasa tkot mendengar letupan bunga api non-stop meraikan tahun baru 2012 masihi... xdapat nak jelaskan rasa dalam hati ini... tertanya didalam hati, bagaimana agaknya saudara2 aku disana? yang mendengar bunyi2 letupan ini dan bukanlah letupan bunga api..... terbayang bagaimana masyarakat2 dinegaraku yang masih lalai dengan godaan dunia.. yang lupa akan hukum Allah... dalam meraikan tahun baru ini...


Ya Allah, kenapa jantungku berdegup laju dan kuat.... sekuat bunyi bunga api ni... kenapa terdetik rasa takut di hati ni... kenapa mesti terasa kecilnye diri ini.... suatu perasaan yang tidak pernah muncul dihati ini.... 


apa yang ada dengan tahun baru ini? diri ini masih tergapai-gapai mencari makna hidup... masih cetek dengan ilmu Allah... masih ade banyak masalah yang belum diselesaikan... bagaimanakah diri ini harus mencari jawapan disebalik setiap persoalan... masih tersisa-sisa azam dan niat yang belum diri ini capai.... 


Ya Allah, lindungilah keluargaku.... rahmatilah kami ini.... satukanlah kami di bawah payung rahmatMu... berilah aku jalan penyelesaian untuk mengharungi masalah2 ini.... berilah aku kekuatan untuk mengenggam ikatan persaudaraan ini.. Ameen~~~