Tuesday 27 March 2012

bercerita sket... :)


Minggu lepas adalah minggu dimana saya diuji dengan kenangan kisah silam… kepercayaan saya dikhianati… saya kecewa sangat.. terlampau kecewa... sehingga hari ini sy masih tidak mampu berkata-kata dengan kawan saya ini… bukan saya marahkan dirinya.. tapi semua ini hanya kerana perasaan marah pada diri sendiri…

sejak di zaman persekolahan lagi, pasti semua ini terjadi.. kawan tikam belakang saya, kawan khianati saya, kawan memfitnah saya, dan banyak lagi sehingga saya sukar untuk mempercayai sesiapa pun… di awal sek ren, ketika semua ini terjadi, saya hanya marah… marah…marah… sehingga saya tidak sedar ia menjadikan diri saya seorang yang hot-tempered…lama-kelamaan, saya mula penat… penat memarahi orang… penat mempersoalkan kenapa mereka sanggup melakukan sebegitu sedangkan kami berkawan…

kembalinya saya ke sek men, saya mula bertindak mengasingkan diri… lebih baik tiada kawan dari ada,akhirnya mengkhianati saya.. hanya memiliki beberapa orang kawan sahaja… itulah saya seawal tingkatan satu… sehingga saya dikatakan seorang yang sombong, berlagak… well, itulah yang dimaksudkan judge the book by it cover… manusia suka membuat konklusi sendiri… di matrik, di university, semua ini pasti berlaku… saya letih sangat.. letih.. letih… sehinggakan saya tidak berperasaan untuk marah lagi… biarkan je la mereka… ini dunia mereka…

namun, kini saya sendiri tidak mampu memahami diri ini… saya tidak berdaya nak marah mereka atau berniat untuk tidak memaafkan mereka… jauh sekali untuk membalas segala yang mereka lakukan… biarlah segala perbuatan mereka, ditanggung mereka sendiri… apa-apa ingin dibicarakan, kita bicara di akhirat nanti.. apa yang ingin dijelaskan, kita tuntut di akhirat nanti… itu saja yang mampu saya katakan… well, what goes around comes around…


umi bapak saya hanya mampu bersabar dan menyokong saya… awal-awal semua ini terjadi,mereka hanya menasihati saya untuk bersabar…. Lama-lama mereka juga marah… marahkan saya kerana mudah mempercayai orang… akhirnya saya juga yang menangis kecewa… tanpa mereka sudah tentu saya sendiri tidak mampu berhadapan dengan ujian sebegini… setiap manusia saya kenali, pasti saya mulakan dengan tanggapan positif sehingga ia membutakan saya… sebab itu, semua ini sentiasa berulang terjadi… kini, saya percayakan seorang hamba Allah ini.. akhirnya benda yang sama terjadi… ini bukan salah dia…semuanya salah saya… ini bukan kali pertama ia berlaku, saya sendiri sedar semua ini.. tapi saya tetap leka dan sentiasa mempercayai orang yang salah…

‘ Siapa yang melupakan sejarah ,pasti akan mengulanginya kembali ’

Ok…. Actually, saya bukan nak menceritakan kisah sedih hidup saya… MARAH…. Itu yang ingin dibicarakan  kali ini…. Marah boleh dikatakan menjadi sebahagian dalam diri manusia… bezanya samada mereka mampu mengawalnya ataupun tidak…

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” 
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

       Jelas terlihat betapa pentingnya untuk kite mengawal sifat marah dalam diri… Bagi kita, sebagai orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa redha dengan takdir Allah SWT bahkan agar diri ini insaf terhadap-Nya. Kita sendiri sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w
" Wasiatkan kepadaku. " Sabda Baginda, " Jangan marah. " Kemudian beliau berulang kali bertanya. Sabda Baginda, " Jangan Marah "

Banyak cara mampu meredakan perasaan marah dalam diri kite seperti mengambil wuduk dan beristighfar. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya dan ia  memberi penawar hati yang marah dan gundah, kerana sesungguhnya hati ini tunduk kepada Allah. 

"Sesungguhnya marah itu datang daripada syaitan sedangkan syaitan itu berasal ciptaannya daripada api. Sesungguhnya api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang kamu merasa marah maka hendaklah ia berwuduk". (Riwayat Abu Dawud)

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan kita berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah… InsyaAllah,  kemarahan akan mulai reda.

Semoga kita sama-sama mentarbiyah jiwa kita dengan sifat lemah lembut kerana amatlah tidak berdosa kalau kita berlemah lembut dalam perkara kebaikan dan bertegas dalam perkara kemungkaran. Wallahu a'lam. 

p/s : pesanan untuk diri sendiri.... sabar ye anis... :)

No comments:

Post a Comment