Tuesday 27 December 2011

Alhamdulillah... selamat hari lahir umi...

SELAMAT HARI LAHIR UMIKU SAYANG… hari ini merupakan hari paling indah dan tersangat istimewa untuk saya dan kakak-kakak… kerana hari ini hari lahir umi kami yang gorgeous berbanding kami semua…wwwoooowwww… hehe… Tanpa umi ,siapalah saya dan kakak2… paling jelas, tanpa umi, tiadalah kami didunia ini…tiadalah saya didunia ini…

Terima kasih umi yang sanggup cubit saya, marah saya, pujuk saya setelah kena marah dengan bapak, yang sanggup kejut saya pagi2 untuk solat subuh (tersangatlah susah untuk bangunkan kerana saya susah untuk tidur malam), yang sanggup basuh kain baju saya sejak kecik sampailah saya mula belajar basuh baju sendiri dan baju umi bapak juga erm.. kalau nak ditulis semua yang umi lakukan untuk saya, memang x akan habis…

Terima kasih umi yang sanggup jadi sporting dengan saya, walaupun your comel daughter nih terlampau banyak sangat kerenah, banyak sangat loya buruknya, dengan penuh degilnya…  saya tahu xde yang mampu bertahan dengan saya, tapi itulah umi, senakal mana anaknya, sedegil mana anaknya, dia tetap mampu tersenyum ketika bercakap,sentiasa berlapang dada  memaafkan anaknya dan sering mengalir air mata bila saya bercakap hati ke hati…hehe.. susah jugak jadi satu-satunya anak yang berani meluahkan segalanya pada ibu bapa…  J memang ramai sahabat yang lebih selesa berbincang dah berkongsi masalah, perasaan, suka duka dengan sahabat2 yang lain… tetapi sejujurnya, saya lagi suka meluahkan pada umi tentang segala yang saya rasa, marah, benci, kecewa, suka, cinta… segalanya!!!... dan Alhamdulillah, saya dianugerahkan seorang umi yang sangat memahami saya… yang menyokong saya…. Saya sayang umi!!!…

Umi, maafkan adik ye… yang sememangnya jelas, saya jauh berbeza dengan anak-anakmu yang lain… terima kasih umi… terima kasih kerana sabar dengan kerenah saya yang dari kecik suka cari syurga dikaki umi, yang suka peluk dan tido di kaki umi.. saya sendiri x tahu kenapa. mungkin “syurga itu ditelapak kaki ibu”… heheh….tetapi ketika saya sakit, memang kaki yang saya cari… Alhamdulillah, di unpad ini pun, saya ade sahabat yang izinkan saya peluk kaki dia ketika saya sakit… jzkk Mursyida Ali… satu sahabat yang Allah kurniakan kepadaku, yang amat saya syukuri kehadirannya, yang amat memahami saya, yang sudi mengubah saya dan suka sangat berlagak macam mak saya, then ugut nak lapor kat umi…adeh… susah nak lawan orang yang tahu semua kelemahanku… J

Umi… terima kasih atas segalanya… terima kasih umi… walaupun umi sering mengajar saya untuk kuat, tabah, sabar dan teruskan segala yang saya mulakan… tetapi masih terserlah kelembutan hati dirimu.. saya tahu setiap kali saya pulang ke Malaysia, umi pasti nangis.. saya nak fly pegi, umi mesti nangis jugak.. pastu bapak suruh umi stop nangis.. nnt adik berat hati nak pegi.. lepas saya salam dan peluk bapak, bapak plak yang nangis, pastu umi plak yang pesan suruh stop nangis nanti adik berat hati nak pegi.. last2, bila saya melangkah berjalan masuk ke pintu masuk, umi dah menangis dan bapak menoleh muka kearah lain untuk menyembunyikan air matanya… so sweet… tersangatlah comel kedua ibu bapaku ini…

Ya Allah, kurniakanlah segala nikmat dan hidayah Mu kepada kedua orang tuaku…sesungguhnya, aku amat menyayangi mereka… lindungilah mereka… rahmatilah mereka…aku amat merindui mereka.. L

Wednesday 14 December 2011

tersedar dalam pejam...

Okay.. kali nih, aku mendapat ilham untuk mengarang tentang kesihatan dan kedegilan…  ape kaitan ye? Suatu yang tidak dapat dibayangkan tetapi ia memang berkait antara satu sama lain…

Contohnya, seseorang yang telah berulang kali dinasihatkan untuk jangan makan pedas seperti diri ini tetapi bak kata orang-orang tua “tidak makan saman”… bila sakit baru nak mengadu… ish..ish…. sebab tuh la orang selalu pesan, sendiri buat, sendiri tanggung… bila dah sakit, jangan nak kecoh… hehe…

13/12/11… satu tarikh yang orang kata cantik, tetapi tarikh itulah yang membawa seribu kesedaran pada aku.. eh, bukan nak kata baru insaf la… actually, malam itulah aku diduga Allah dengan kesakitan diperut… GASTRIK… tersangatlah sakit… tersangatlah pedih…  sepanjang menahan sakit itu, aku betul-betul mengingati MATI… whhoooaaaa.. cam parah sangat je tapi hanya orang yang pernah mengalami je boleh membayangkan kesakitan itu… betul… x tipu la.. mungkin itu adalah salah satu cara Allah ingin menghapuskan dosa-dosa aku... wallahua’lam..


Actually bukan itu yang nak disampaikan.. hehe.. UKHWAH… itu yang bermakna dan jelas terasa di hati… kesanggupan sahabat- sahabat meredah kegelapan malam untuk membantu aku betul-betul membuka mataku… terdetik dihati mahu menangis kerana Allah masih menyayangi aku dengan menghadiahkan aku sahabat yang betul-betul mengajar aku erti persahabatan dan kasih saying… orang selalu kata, disaat kita terkeliru, tertanya-tanya, pasti Allah akan menjawabnya dengan cara yang sangat indah… betul.. ape yang berlaku malam tadi sangat indah… baru aku faham erti ukhwah fillah… sujud syukur padaMu Ya Allah…. terima kasih Ya Allah…. Alhamdulillah…



Tuesday 13 December 2011

BERSABARLAH…. :)    



 Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; 
 Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang  mencerca & membencinya 
 Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang  dengan pandangan berbeza dengannya. - zaharuddin.net 


Erm... bercakap tentang akhlak, ramai yang akan melihat manusia sekeliling..." ramai yang lagi teruk dari kita". selalu itu yang terdetik... adoi... kenapa harus kita bandingkan dengan orang yang lagi teruk dari kita... apa perbuatan kita yang membawa kepada dosa, itu lah yang akan menghumban kita ke neraka... apa perbuatan kita di dunia, itu lah yang akan menentukan kita di akhirat nanti.


MARAH... sesuatu yang memang sukar dikawal... sedikit terdetik dihati, syaitan akan terus membara-barakan lagi dihati sehingga kita akan melampaui batas,,,Nauzubillah...

 Sabda Rasulullah: 
 “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguh nya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad). 


Ramai yang hilang kawalan ketika marah, terlepas kata ketika marah, sanggup menyakiti ketika marah... akhirnya, mereka akan menyesal semua ini setelah mereka tenang...

 Sabda Rasulullah s.a.w : 
 “Apabila di antara kamu marah, maka diam lah.” (Hadis riwayat Ahmad). 


Tetapi ingatlah, sememangnya kata-kata mampu melukakan hati seseorang, memutuskan persaudaraan, ia sesuatu yang tidak mungkin ditarik balik... apa guna menyesali setelah smua ini terjadi... belajar untuk mengawalnya...

 Sabda Rasulullah s.a.w : 
 “Jika salah seorang antara kamu marah sedang pada saat itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah dia berbaring.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad). 


Kadang-kadang kita selalu mencuba untuk bersabar, bersabar dan bersabar...  memang diakui menjaga hati dan diri untuk tidak marah sangatlah susah tetapi itulah sifat yang dicintai oleh Allah s.w.t... "bersabarlah "... kerana darjat orang-orang yang sabar amat tinggi di sisi Allah dan amat disukai oleh Rasulullah s.a.w

 Rasulullah menyatakan ganjaran akhirat bagi mereka yang berjaya mengawal perasaan marahnya menerusi sebuah hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, Allah pasti memanggilnya pada hari kiamat di hadapan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari syurga.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Tirmidzi). 


Oleh itu, belajarlah untuk menjaga hati.. janganlah kita marah...  manahan marah sememangnya sukar, tetapi ia tidak mustahil... ada yang menangis kerana menahan marah... ingatlah Allah, berzikirlah.... sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan tenang...

 Daripada Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Berikanlah aku nasihat,” Baginda bersabda: “Jangan marah”. Maka orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi menjawab: “Jangan marah”. (Hadis riwayat Bukhari). 


Peringatan untuk diri anis jugak... insyaAllah...  J






Monday 12 December 2011

untuk hati seorang wanita...


DENGARLAH.....

ketika dirimu sedang menunggu seseorang untuk menjalankan kehidupan menuju redhaNya, bersabarlah dengan ketenangan dan penuh keyakinan...

Demi Allah dia tidak akan datang karena kecantikanmu ,kepintaranmu ataupun kekayaanmu.. tetapi Allah lah yg menggerakkan dia kepada kita...

Jagalah akhlakmu, maruahmu, batasmu, dan agamamu...

Jangan tergesa untuk meluahkan cinta kepadanya selagi Allah tidak mengizinkan...

Kerana belum tentu yang engkau cintai itu adalah yg terbaik untukmu..

Dia adalah pemilik segala cinta dan Dia lah Yang Maha Mengetahui segalanya..

Simpanlah segala ungkapan cinta dan luahan hatimu itu... simpanlah untuk Si dia yang berhak.....

Allah akan menjawab setiap luahan hatimu itu dengan lebih indah di saat yg tepat.


INGATLAH...

ketika Allah tak memberikan seseorang yg engkau impikan, Allah akan hadirkan seseorang yg memimpikan dirimu.

ketika Allah tak memberikan seseorang yg engkau rindukan, Allah akan hadirkan seseorang yg merindukan dirimu.

ketika Allah tak memberikan seseorang yg engkau dambakan, Allah akan berikan seseorang yg mendambakan dirimu.

ketika Allah tak memberikan seseorang yg engkau cintai, Allah akan hadirkan seseorang yg mencintaimu

yang tidak menerima dirimu kerana apa yg ada padamu,tapi yang seadanya pada dirimu..

InsyaAllah...

Allah akan selalu memberikan yg terbaik buat kita... Istikharahkanlah cintamu pada-Nya.

Kerana jodohmu takkan jauh berbeza sifat peribadinya darimu.




Umi anis pernah cakap...perempuan yang baik pasti mampu menjaga diri dia... mampu menjaga batas pergaulan dia.. mampu menjaga aurat dia....mampu menjaga ketertiban ibadah dan hubungan dengan Allah... mampu menghormati orang tua dan sekeliling dia...dan mampu menjaga kesopan-santunan diri dia...

pastu lelaki yang baik pasti seorang yang mampu menjaga iman dia... mampu menjaga batas pergaulan dia.. mampu menundukkan pandangan dia... mampu menghormati dan menghargai kita... mampu menjadi imam kepada kita... mampu melaungkan azan di setiap kelahiran mutiara cinta kita.... mampu menegur silap salah kita... mampu membimbing kita....dan mengutamakan keluarga dia...

yang penting, mampu berjumpa wali kita setelah dia benar-benar inginkan kita... bukan yang mampu bawak kita ke sana sini tanpa sebarang ikatan... kalau lelaki seperti itu, baik campak ke laut je... hehe... bagus tul umiku sayang... well, mom alwaiz know the best... :)


Bismillah...

alhamdulillah... setelah membaca blog sahabat-sahabat dan senior-senior yang saya kenali, tersentuh hati ini untuk mengikut jejak mereka yang menjadikan blog ini salah satu cara mereka berdakwah dan menyampaikan apa yang sepatutnya setiap hamba Allah rasakan selama ini... hehe... kini, it's my turn... this is my blog..this is my word... InsyaAllah :)