Tuesday 13 December 2011

BERSABARLAH…. :)    



 Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; 
 Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang  mencerca & membencinya 
 Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang  dengan pandangan berbeza dengannya. - zaharuddin.net 


Erm... bercakap tentang akhlak, ramai yang akan melihat manusia sekeliling..." ramai yang lagi teruk dari kita". selalu itu yang terdetik... adoi... kenapa harus kita bandingkan dengan orang yang lagi teruk dari kita... apa perbuatan kita yang membawa kepada dosa, itu lah yang akan menghumban kita ke neraka... apa perbuatan kita di dunia, itu lah yang akan menentukan kita di akhirat nanti.


MARAH... sesuatu yang memang sukar dikawal... sedikit terdetik dihati, syaitan akan terus membara-barakan lagi dihati sehingga kita akan melampaui batas,,,Nauzubillah...

 Sabda Rasulullah: 
 “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguh nya syaitan itu diciptakan daripada api, dan api hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia berwuduk.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad). 


Ramai yang hilang kawalan ketika marah, terlepas kata ketika marah, sanggup menyakiti ketika marah... akhirnya, mereka akan menyesal semua ini setelah mereka tenang...

 Sabda Rasulullah s.a.w : 
 “Apabila di antara kamu marah, maka diam lah.” (Hadis riwayat Ahmad). 


Tetapi ingatlah, sememangnya kata-kata mampu melukakan hati seseorang, memutuskan persaudaraan, ia sesuatu yang tidak mungkin ditarik balik... apa guna menyesali setelah smua ini terjadi... belajar untuk mengawalnya...

 Sabda Rasulullah s.a.w : 
 “Jika salah seorang antara kamu marah sedang pada saat itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah dia berbaring.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Ahmad). 


Kadang-kadang kita selalu mencuba untuk bersabar, bersabar dan bersabar...  memang diakui menjaga hati dan diri untuk tidak marah sangatlah susah tetapi itulah sifat yang dicintai oleh Allah s.w.t... "bersabarlah "... kerana darjat orang-orang yang sabar amat tinggi di sisi Allah dan amat disukai oleh Rasulullah s.a.w

 Rasulullah menyatakan ganjaran akhirat bagi mereka yang berjaya mengawal perasaan marahnya menerusi sebuah hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya, Allah pasti memanggilnya pada hari kiamat di hadapan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana-mana bidadari syurga.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Tirmidzi). 


Oleh itu, belajarlah untuk menjaga hati.. janganlah kita marah...  manahan marah sememangnya sukar, tetapi ia tidak mustahil... ada yang menangis kerana menahan marah... ingatlah Allah, berzikirlah.... sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan tenang...

 Daripada Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Berikanlah aku nasihat,” Baginda bersabda: “Jangan marah”. Maka orang itu mengulangi permintaannya beberapa kali, Nabi menjawab: “Jangan marah”. (Hadis riwayat Bukhari). 


Peringatan untuk diri anis jugak... insyaAllah...  J






No comments:

Post a Comment