Monday 30 April 2012

MY SPECIAL DAY :)


Alhamdulillah… hari ni dapat hadiah dari ayah tersayang…. Motor Honda yang saya memang dah lama nak… actually yang saya nak, yang lain.. tapi yang tuh xde kat Indonesia nih… ada kat Malaysia je… so yang hampir-hampir sama pun boleh la…. hahaha...

Walaupun esok adalah hari keramat untuk diri saya kerana hari itulah saya mendengar azan pertama kali di telinga kanan saya, kali pertama saya melihat wajah kedua ibu dan bapa saya, kali pertama saya menghirup udara di bumi Allah... melihat cahaya mentari??? Hehe.. saya dilahirkan pada awal pagi, jadi matahari xnaik lagi waktu itu… walaupun umi berdepan pelbagai masalah ketika melahirkan saya, alhamdulillah, akhirnya saya selamat dilahirkan seberat 4.6kg.... hehe...


1 mei 1990… itulah tarikh lahir saya… hari itulah yang dikenali sebagai hari pekerja… well.. saya bersyukur kerana saya lahir sebagai anak kepada Mohd Nasir bin Shafii & Siti Minah binti Tengah… terima kasih umi dan bapak… terima kasih kerana mendidik adik sehingga adik mampu berdiri disini…. Mengenal dunia… mengenal agama dan islam… mengenal iman… mengenal erti kasih sayang…. Terima kasih…


Tiada kata mampu saya ucapkan… hanya mampu mendoakan umi dan bapak… menjadi kebanggaan umi dan bapak… mampu berdiri disisi umi dan bapak…. Mampu menjadi tongkat untuk umi dan bapak… InsyaAllah, till jannah… terima kasih umi, bapak…. Terima kasih…

family till jannah, InsyaAllah... umi,bapak, ayong, along, achik, angah... adik jadi photographer je... huhu...

Saturday 14 April 2012

hurmmmm!!



Renungkan ini sebelum kita mula mengeluh dalam berbagai hal yang terjadi dalam hidup kita...

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

2. Sebelum anda mengeluh tidak punyai apa-apa,
fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

3. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk,
fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.

4. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda,
fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

5. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu,
fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

6. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu,
fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

7. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya,
fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

8. Disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu,
fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

9. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

10. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan,
tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kamu masih hidup!

Hidup adalah satu anugerah terindah dari ALLAH. Berhentilah mengeluh, hadapi pahit manisnya kehidupan ini dengan bersyukur kepada-Nya terhadap apa yang telah Dia berikan kepada kita sehingga ke saat ini...


p/s : pesanan untuk diri ini juga... insyaAllah... berubah kepada yang lebih baik.. :)


Sunday 8 April 2012

Ya Allah, kenapa ini sesuatu yang sangat saya rasai sekarang?

‎:: AKU MALU SENDIRI ::

~>> Kamu LELAKI SOLEH, DISANJUNG dan DIHORMATI RAMAI..memiliki iman yang INDAH tetapi aku SEORANG WANITA yang berduka, solehahku tidak pasti..masih cuba MEMPERBAIKI DIRI..jauh di sudut hati, aku ingin MEMILIKI seorang lelaki soleh yang HALAL buat diriku..

Aku MALU sendiri, sekarang aku dalam PERUBAHAN.. mengenal Penciptaku, mengenal agamaku, mengenal tujuan hidupku..aku kini sedang BERUSAHA, tetapi aku hanya mampu MENGAGUMIMU dari jauh dan itu CARAKU..aku lebih PERCAYA, LELAKI SOLEH adalah UNTUK WANITA YANG SOLEHAH..♥♥

kenapa? kenapa? kenapa sekarang aku berasa sebegini... terasa kesal kerana alpa dengan dunia selama ini... aku leka... aku lupa dunia ini hanya sekadar permainan yang akan tamat dengan kematian dan kembali kepada yang Esa... 

masa masih ada... peluang masih terbuka... inilah pilihanKu... inilah jalanKu :)

p/s : semoga aku mampu berubah menjadi yang lebih baik... insyaAllah :)