Tuesday 4 February 2014

blog yang dah lama xupdate :(

Bismillah...

Setelah sekian lama tidak meng-update blog, akhirnya hari ni berjaya curi-curi waktu untuk menulis sesuatu... but first, Alhamdulillah, sujud syukur kepada-Nya, sekarang diri ini dah bergelar dokter muda. Alhamdulillah... Alhamdulillah... walaupun jadual dah bertambah sibuk dengan merawat patient, tapi semangat masih lagi tinggi... sejujurnya, memang diri ini sudah mula merasakan stress yang semakin hari semakin melemahkan diri dan fikiran.... tapi insyaAllah, perjuangan baru bermula... masih jauh destinasi yang dituju...  impian untuk menjadi doctor yang kuat dan berjasa pada masyarakat masih belum tercapai... InsyaAllah, senyuman bangga umi bapak di hari konvocation nanti...

 


p/s : InsyaAllah.. Dr.Anis Syakirah.... :)

Monday 30 April 2012

MY SPECIAL DAY :)


Alhamdulillah… hari ni dapat hadiah dari ayah tersayang…. Motor Honda yang saya memang dah lama nak… actually yang saya nak, yang lain.. tapi yang tuh xde kat Indonesia nih… ada kat Malaysia je… so yang hampir-hampir sama pun boleh la…. hahaha...

Walaupun esok adalah hari keramat untuk diri saya kerana hari itulah saya mendengar azan pertama kali di telinga kanan saya, kali pertama saya melihat wajah kedua ibu dan bapa saya, kali pertama saya menghirup udara di bumi Allah... melihat cahaya mentari??? Hehe.. saya dilahirkan pada awal pagi, jadi matahari xnaik lagi waktu itu… walaupun umi berdepan pelbagai masalah ketika melahirkan saya, alhamdulillah, akhirnya saya selamat dilahirkan seberat 4.6kg.... hehe...


1 mei 1990… itulah tarikh lahir saya… hari itulah yang dikenali sebagai hari pekerja… well.. saya bersyukur kerana saya lahir sebagai anak kepada Mohd Nasir bin Shafii & Siti Minah binti Tengah… terima kasih umi dan bapak… terima kasih kerana mendidik adik sehingga adik mampu berdiri disini…. Mengenal dunia… mengenal agama dan islam… mengenal iman… mengenal erti kasih sayang…. Terima kasih…


Tiada kata mampu saya ucapkan… hanya mampu mendoakan umi dan bapak… menjadi kebanggaan umi dan bapak… mampu berdiri disisi umi dan bapak…. Mampu menjadi tongkat untuk umi dan bapak… InsyaAllah, till jannah… terima kasih umi, bapak…. Terima kasih…

family till jannah, InsyaAllah... umi,bapak, ayong, along, achik, angah... adik jadi photographer je... huhu...

Saturday 14 April 2012

hurmmmm!!



Renungkan ini sebelum kita mula mengeluh dalam berbagai hal yang terjadi dalam hidup kita...

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

2. Sebelum anda mengeluh tidak punyai apa-apa,
fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

3. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk,
fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.

4. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda,
fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

5. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu,
fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

6. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu,
fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

7. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya,
fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

8. Disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu,
fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

9. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

10. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan,
tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kamu masih hidup!

Hidup adalah satu anugerah terindah dari ALLAH. Berhentilah mengeluh, hadapi pahit manisnya kehidupan ini dengan bersyukur kepada-Nya terhadap apa yang telah Dia berikan kepada kita sehingga ke saat ini...


p/s : pesanan untuk diri ini juga... insyaAllah... berubah kepada yang lebih baik.. :)


Sunday 8 April 2012

Ya Allah, kenapa ini sesuatu yang sangat saya rasai sekarang?

‎:: AKU MALU SENDIRI ::

~>> Kamu LELAKI SOLEH, DISANJUNG dan DIHORMATI RAMAI..memiliki iman yang INDAH tetapi aku SEORANG WANITA yang berduka, solehahku tidak pasti..masih cuba MEMPERBAIKI DIRI..jauh di sudut hati, aku ingin MEMILIKI seorang lelaki soleh yang HALAL buat diriku..

Aku MALU sendiri, sekarang aku dalam PERUBAHAN.. mengenal Penciptaku, mengenal agamaku, mengenal tujuan hidupku..aku kini sedang BERUSAHA, tetapi aku hanya mampu MENGAGUMIMU dari jauh dan itu CARAKU..aku lebih PERCAYA, LELAKI SOLEH adalah UNTUK WANITA YANG SOLEHAH..♥♥

kenapa? kenapa? kenapa sekarang aku berasa sebegini... terasa kesal kerana alpa dengan dunia selama ini... aku leka... aku lupa dunia ini hanya sekadar permainan yang akan tamat dengan kematian dan kembali kepada yang Esa... 

masa masih ada... peluang masih terbuka... inilah pilihanKu... inilah jalanKu :)

p/s : semoga aku mampu berubah menjadi yang lebih baik... insyaAllah :)


Tuesday 27 March 2012

bercerita sket... :)


Minggu lepas adalah minggu dimana saya diuji dengan kenangan kisah silam… kepercayaan saya dikhianati… saya kecewa sangat.. terlampau kecewa... sehingga hari ini sy masih tidak mampu berkata-kata dengan kawan saya ini… bukan saya marahkan dirinya.. tapi semua ini hanya kerana perasaan marah pada diri sendiri…

sejak di zaman persekolahan lagi, pasti semua ini terjadi.. kawan tikam belakang saya, kawan khianati saya, kawan memfitnah saya, dan banyak lagi sehingga saya sukar untuk mempercayai sesiapa pun… di awal sek ren, ketika semua ini terjadi, saya hanya marah… marah…marah… sehingga saya tidak sedar ia menjadikan diri saya seorang yang hot-tempered…lama-kelamaan, saya mula penat… penat memarahi orang… penat mempersoalkan kenapa mereka sanggup melakukan sebegitu sedangkan kami berkawan…

kembalinya saya ke sek men, saya mula bertindak mengasingkan diri… lebih baik tiada kawan dari ada,akhirnya mengkhianati saya.. hanya memiliki beberapa orang kawan sahaja… itulah saya seawal tingkatan satu… sehingga saya dikatakan seorang yang sombong, berlagak… well, itulah yang dimaksudkan judge the book by it cover… manusia suka membuat konklusi sendiri… di matrik, di university, semua ini pasti berlaku… saya letih sangat.. letih.. letih… sehinggakan saya tidak berperasaan untuk marah lagi… biarkan je la mereka… ini dunia mereka…

namun, kini saya sendiri tidak mampu memahami diri ini… saya tidak berdaya nak marah mereka atau berniat untuk tidak memaafkan mereka… jauh sekali untuk membalas segala yang mereka lakukan… biarlah segala perbuatan mereka, ditanggung mereka sendiri… apa-apa ingin dibicarakan, kita bicara di akhirat nanti.. apa yang ingin dijelaskan, kita tuntut di akhirat nanti… itu saja yang mampu saya katakan… well, what goes around comes around…


umi bapak saya hanya mampu bersabar dan menyokong saya… awal-awal semua ini terjadi,mereka hanya menasihati saya untuk bersabar…. Lama-lama mereka juga marah… marahkan saya kerana mudah mempercayai orang… akhirnya saya juga yang menangis kecewa… tanpa mereka sudah tentu saya sendiri tidak mampu berhadapan dengan ujian sebegini… setiap manusia saya kenali, pasti saya mulakan dengan tanggapan positif sehingga ia membutakan saya… sebab itu, semua ini sentiasa berulang terjadi… kini, saya percayakan seorang hamba Allah ini.. akhirnya benda yang sama terjadi… ini bukan salah dia…semuanya salah saya… ini bukan kali pertama ia berlaku, saya sendiri sedar semua ini.. tapi saya tetap leka dan sentiasa mempercayai orang yang salah…

‘ Siapa yang melupakan sejarah ,pasti akan mengulanginya kembali ’

Ok…. Actually, saya bukan nak menceritakan kisah sedih hidup saya… MARAH…. Itu yang ingin dibicarakan  kali ini…. Marah boleh dikatakan menjadi sebahagian dalam diri manusia… bezanya samada mereka mampu mengawalnya ataupun tidak…

Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar di sisi Allah daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah.” 
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Bukankah orang gagah itu, orang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

       Jelas terlihat betapa pentingnya untuk kite mengawal sifat marah dalam diri… Bagi kita, sebagai orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa redha dengan takdir Allah SWT bahkan agar diri ini insaf terhadap-Nya. Kita sendiri sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w
" Wasiatkan kepadaku. " Sabda Baginda, " Jangan marah. " Kemudian beliau berulang kali bertanya. Sabda Baginda, " Jangan Marah "

Banyak cara mampu meredakan perasaan marah dalam diri kite seperti mengambil wuduk dan beristighfar. Segala-galanya dapat meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya dan ia  memberi penawar hati yang marah dan gundah, kerana sesungguhnya hati ini tunduk kepada Allah. 

"Sesungguhnya marah itu datang daripada syaitan sedangkan syaitan itu berasal ciptaannya daripada api. Sesungguhnya api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila salah seorang kamu merasa marah maka hendaklah ia berwuduk". (Riwayat Abu Dawud)

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan kita berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah… InsyaAllah,  kemarahan akan mulai reda.

Semoga kita sama-sama mentarbiyah jiwa kita dengan sifat lemah lembut kerana amatlah tidak berdosa kalau kita berlemah lembut dalam perkara kebaikan dan bertegas dalam perkara kemungkaran. Wallahu a'lam. 

p/s : pesanan untuk diri sendiri.... sabar ye anis... :)

Sunday 25 March 2012

DUGAAN:)

             Erm…. Xdapat dah nak tulis kat fb klau sakit…. Ada reporter yang suka sampaikan pada umi dan bapak… haiihhhh…. Orang punye rahsiakan xnak kasi diorg tau… kakak2 pun xkasi tau tapi  ada jugak orang lain yang pegi kasitau… adeh…. Nk kna siasat siapa orang nih….hehe… so….Terpaksa la tulis kat blog plak…. Erm….


              Actually, Diri nih dah 2 minggu demam…. Mulut pahit je….Dapat selsema yang x sembuh2… tambah plak batuk–batuk yang sangat menyakitkan… dapat dengar bunyi dalam tekak seolah-olah batuk kering plak… dada yang pedih sangat time batuk… kadang sampai termuntah apa yang dimakan… dengan tonsil yang membengkak…. Pedih dan sakit nak menelan bila nak mkn… well…xpe2.. bleh kurus la cmnih…. Heheh…

              Namun, hati ini bersyukur sangat… dalam kesakitan sebegini, diri ini tidak menjadikan semua ini sebagai alasan untuk tidak menghadiri kuliah, dan taklim… jauh skali untuk tidak beribadat kepada Allah… walaupun terpaksa membaca Al-Quran dengan sengau dan tersekat-sekat…. Waktu sakit sebeginilah,kita sepatutnya mendekatkan diri dengan Allah… seandainya ajal menjemput, terimalah ibadat kita hari ini setidaknya untuk memberatkan timbangan kita di sana nanti…insyaAllah…


              Mungkin ini dugaan Allah untuk mengampunkan dosa –dosa aku…..Alhamdulillah, smoga dosa-dosa ku selama ini diampunkan…. Kuatkan semangat untuk bertahan ye.. insyaAllah…

Nabi SAW bersabda bermaksud: “Tidak ada sesuatu menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan mengingatkan apa yang berlaku sehinggakan tikaman duri mencucuknya melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosanya.” (Hadis riwayat Abu Sa’id al-Khudri dan Abu Hurairah)


Sunday 18 March 2012

Kembalinya sifat hot-temperedku…


Erm.. ari nih nak cerita satu kisah yang mana betul-betul mencabar satu perangai yang saya cuba mengatasinya hampir 5 tahun…. Alhamdulillah, selama tempoh itu, saya berjaya mengatasi segala masalah dengan tenang dan sabar…. Dan apa yang berlaku semalam, memang mengejutkan parent saya sbb ketenangan dalam diri saya selama nih meletus pecah…boom…boommm…bang…. Heheh….

Semalam ada match volley ball antara setiap batch di university saya.. well setelah beberapa tahun saya mengasingkan diri dlm volley nih, akhirnya saya pun join la kerana team saya xcukup orang… games bermula jam 12,so kitorg diwajibkan berada di sana 11.30… well seperti biasa la… AJK pun xnmpk muka…same jugak group laen… so dalam jam 1 lebih baru games dimulakan….huhu… xpe…semangat kami tetap kuat.. hehe… nasib baik, setelah diundi group kami first team yg lawan.. hehehe…

Kemudian, group by group pun lawan… keadaan sangat riuh –rendah dengan sorakan penyokong… oh ya, dlm team kami ade 2 junior yang memang beria-ia nak menang, nk medal… setiap kali practice,diorg akan datang sejam lebih awal… wow… terharu sangat… thanks korang... dlm team kami jugak ade senior farmasi yang final year, so apa yang dia harapkan hanya mahu jadikan match ini terbaik yang terakhir for her… tuh pun xkisah la menang atau tidak… juz habiskan perlawanan ini sebaiknya.. dalam group kami jugak ada 2 orang yang harus ke bandung untuk celebrate  birthday bezfren diorang… diorang yang organize party tuh… so from 2.30ptg yang sepatutnya diorang bertolak wif semua kawan- kawan satu kelas, akhirnya kitorg mintak diorang stay smpai kul 4… paling x pun kul 5… so demi  team, diorang terpaksa book satu lagi extra shuttle for them…

Ok..ok.. back to games… dalam kul 4.. group kami dah siap maen… hanya satu je perlawanan team kami yang tinggal…sepatutnya group kami yang lawan, akhirnya diberi laluan untuk team lelaki sbb ada beberapa ahli diorang join match badminton.. so kitorg pun setuju je la.. sbb xnk badminton plak start lmbt...sepanjang match bermula dari 11.30 smpai sekarang, kami semua xmakan sebab xnak nnti ketiadaan kami melambatkan perlawanan... then ,kami tanya AJK yang bertugas, sempat ke kami nak lawan, die suruh kami tggu jugak.. sebab die cakap sempat… member kami yang harus ke bandung tuh dah tidak duduk diam….

Then, team lelaki dah abis lawan.. so sepatutnya team kami… tetiba team gurl laen yang msuk lawan… bila ditanya kenapa, rupa-rupanya diorang ade osce exam.. so need to study… ok… walapun kami fkg and farmasi xde exam osce tapi kami fkg ade uts the next day,ok!!! Need to study jgk ok…and farmasi ade 3 report case + assignment yang harus diantar jugak ok!!!! Oh ya, sewaktu korang mintak kebenaran pada kami untuk benarkan team lelaki lawan dlu,kitorg ckp ok tapi ada ahli kitorg yang ade hal, then korang jwb, semua team, ada ahli yang ade hal,so tunggu je la ye… tetiba korang kasi team gurl laen plak…  tolong la jangan fikir kami bukan student fk, student twp, kitorg nih relax je… xde keje nak buat…

After 2 jam lebih menunggu turn kami, Then tetiba ketua perlawanan datang jumpa kitorg,  mintak kitorg lawan esok… why?????????? So kitorg cakap TAK NAK!!!... then dia cakap klau cmtuh, lawan untuk 15 point je.. so kitorang pikir jap.. tetiba xsempat kitorg bincang, korang tukar jadi lawan untuk 1 set je… ha??? Then, junior kitorg xnak sebab lawan satu set,mane sempat nak menang… Then, korang kasi pilihan lawan 2 set, tapi 11 point je ATAU lawan 1 set dengan 21 point… so kitorg setuju dengan 2 set, 11 point… bila dia pegi pada other team yang sepatutnya lawan kami, junior 2011, diorang nak lawan esok pagi… alasan, nak solat la.. night blindness la.. abis, kami yang terpacak kat sini dari jam 11.30 smpai waktu tu, xsolat ke… masjid ade dekat je…. Zohor , Asar kami solat je kat situ… oh ya,lupa.. korang dtg td lepas kul 12,dah masuk zohor dah...

yang ketua nih pun asyik tanya ape kitorang wat pagi esk, ade hal ke x.. adeh.. yang kitorang duk jawab dari tadi tuh ape??? haih... 2 member kitorg terlibat dgn jualan untuk games esok.. konpem2 xtdo mlam..then korang nk kitorg dtg kul 7pg, lawan???  dah ari nih, jadual untuk perlawanan nih.. abiskan je la....ni x...

Finally, setelah “berbincang” kononnya… akhirnya ketua tuh datang and said “ kami pihak pengurusan games dah tetapkan, perlawanan esok pagi jam 7, mane yang xdatang akan disqualified… " what???????????? xyah r nk jeri cmtuh kat kitorang depan2 junior... tau r hero....eh!!!!!!!!!  Cop..cop… diorang xnak lawan, diorg x disqualified… kami plak yang akan disqualified… apekah???????????? Tau la diorg junior… dengaan muka manja, baiknya, mintak2 ngan korang… tapi xyah r nak bias cmtuh… oh ,lupa…. Diorg kan junior korang…. so apelah sangat,right???? Jaga hati diorg.. biasa lah tuh…..

Abis, harapan junior saya???? Senior final year saya??? Kawan saya yang terpaksa keluarkan duit sndiri for shuttle?????? Sape nak jaga hati diorang?????… junior saya yang chinese tuh jawab it’s ok dengan penuh kekecewaan sampai xpndang muka kitorg… senior kitorang dengan muka kecewa pun cakap xpe la.. games camni plak… member kitorg akan sempat je naek shuttle same dgn classmate laen klau korang gtau awal yang kitorg akan lawan esk…. Xperlu kitorang hold diorang smpai cmtuh skali… xpe la, duit for new shuttle, bleh je mntak ngan parent, junior kitorg pun leh fight next year for medal... abis, senior kitorg??? nk call dia dtg bndung next year???

kalau korang malay yang buat cmnih, so jgn mengada nak blame bila one day, chinese xnak join apa2 program korg anjurkan… so do I !!!!!! ingat, what goes around, comes around... Allah Maha Adil....