Saturday 14 April 2012

hurmmmm!!



Renungkan ini sebelum kita mula mengeluh dalam berbagai hal yang terjadi dalam hidup kita...

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

2. Sebelum anda mengeluh tidak punyai apa-apa,
fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

3. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk,
fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.

4. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda,
fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

5. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu,
fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

6. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu,
fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

7. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya,
fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

8. Disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu,
fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

9. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

10. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan,
tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kamu masih hidup!

Hidup adalah satu anugerah terindah dari ALLAH. Berhentilah mengeluh, hadapi pahit manisnya kehidupan ini dengan bersyukur kepada-Nya terhadap apa yang telah Dia berikan kepada kita sehingga ke saat ini...


p/s : pesanan untuk diri ini juga... insyaAllah... berubah kepada yang lebih baik.. :)


No comments:

Post a Comment