Wednesday 14 December 2011

tersedar dalam pejam...

Okay.. kali nih, aku mendapat ilham untuk mengarang tentang kesihatan dan kedegilan…  ape kaitan ye? Suatu yang tidak dapat dibayangkan tetapi ia memang berkait antara satu sama lain…

Contohnya, seseorang yang telah berulang kali dinasihatkan untuk jangan makan pedas seperti diri ini tetapi bak kata orang-orang tua “tidak makan saman”… bila sakit baru nak mengadu… ish..ish…. sebab tuh la orang selalu pesan, sendiri buat, sendiri tanggung… bila dah sakit, jangan nak kecoh… hehe…

13/12/11… satu tarikh yang orang kata cantik, tetapi tarikh itulah yang membawa seribu kesedaran pada aku.. eh, bukan nak kata baru insaf la… actually, malam itulah aku diduga Allah dengan kesakitan diperut… GASTRIK… tersangatlah sakit… tersangatlah pedih…  sepanjang menahan sakit itu, aku betul-betul mengingati MATI… whhoooaaaa.. cam parah sangat je tapi hanya orang yang pernah mengalami je boleh membayangkan kesakitan itu… betul… x tipu la.. mungkin itu adalah salah satu cara Allah ingin menghapuskan dosa-dosa aku... wallahua’lam..


Actually bukan itu yang nak disampaikan.. hehe.. UKHWAH… itu yang bermakna dan jelas terasa di hati… kesanggupan sahabat- sahabat meredah kegelapan malam untuk membantu aku betul-betul membuka mataku… terdetik dihati mahu menangis kerana Allah masih menyayangi aku dengan menghadiahkan aku sahabat yang betul-betul mengajar aku erti persahabatan dan kasih saying… orang selalu kata, disaat kita terkeliru, tertanya-tanya, pasti Allah akan menjawabnya dengan cara yang sangat indah… betul.. ape yang berlaku malam tadi sangat indah… baru aku faham erti ukhwah fillah… sujud syukur padaMu Ya Allah…. terima kasih Ya Allah…. Alhamdulillah…



No comments:

Post a Comment