Tuesday 27 December 2011

Alhamdulillah... selamat hari lahir umi...

SELAMAT HARI LAHIR UMIKU SAYANG… hari ini merupakan hari paling indah dan tersangat istimewa untuk saya dan kakak-kakak… kerana hari ini hari lahir umi kami yang gorgeous berbanding kami semua…wwwoooowwww… hehe… Tanpa umi ,siapalah saya dan kakak2… paling jelas, tanpa umi, tiadalah kami didunia ini…tiadalah saya didunia ini…

Terima kasih umi yang sanggup cubit saya, marah saya, pujuk saya setelah kena marah dengan bapak, yang sanggup kejut saya pagi2 untuk solat subuh (tersangatlah susah untuk bangunkan kerana saya susah untuk tidur malam), yang sanggup basuh kain baju saya sejak kecik sampailah saya mula belajar basuh baju sendiri dan baju umi bapak juga erm.. kalau nak ditulis semua yang umi lakukan untuk saya, memang x akan habis…

Terima kasih umi yang sanggup jadi sporting dengan saya, walaupun your comel daughter nih terlampau banyak sangat kerenah, banyak sangat loya buruknya, dengan penuh degilnya…  saya tahu xde yang mampu bertahan dengan saya, tapi itulah umi, senakal mana anaknya, sedegil mana anaknya, dia tetap mampu tersenyum ketika bercakap,sentiasa berlapang dada  memaafkan anaknya dan sering mengalir air mata bila saya bercakap hati ke hati…hehe.. susah jugak jadi satu-satunya anak yang berani meluahkan segalanya pada ibu bapa…  J memang ramai sahabat yang lebih selesa berbincang dah berkongsi masalah, perasaan, suka duka dengan sahabat2 yang lain… tetapi sejujurnya, saya lagi suka meluahkan pada umi tentang segala yang saya rasa, marah, benci, kecewa, suka, cinta… segalanya!!!... dan Alhamdulillah, saya dianugerahkan seorang umi yang sangat memahami saya… yang menyokong saya…. Saya sayang umi!!!…

Umi, maafkan adik ye… yang sememangnya jelas, saya jauh berbeza dengan anak-anakmu yang lain… terima kasih umi… terima kasih kerana sabar dengan kerenah saya yang dari kecik suka cari syurga dikaki umi, yang suka peluk dan tido di kaki umi.. saya sendiri x tahu kenapa. mungkin “syurga itu ditelapak kaki ibu”… heheh….tetapi ketika saya sakit, memang kaki yang saya cari… Alhamdulillah, di unpad ini pun, saya ade sahabat yang izinkan saya peluk kaki dia ketika saya sakit… jzkk Mursyida Ali… satu sahabat yang Allah kurniakan kepadaku, yang amat saya syukuri kehadirannya, yang amat memahami saya, yang sudi mengubah saya dan suka sangat berlagak macam mak saya, then ugut nak lapor kat umi…adeh… susah nak lawan orang yang tahu semua kelemahanku… J

Umi… terima kasih atas segalanya… terima kasih umi… walaupun umi sering mengajar saya untuk kuat, tabah, sabar dan teruskan segala yang saya mulakan… tetapi masih terserlah kelembutan hati dirimu.. saya tahu setiap kali saya pulang ke Malaysia, umi pasti nangis.. saya nak fly pegi, umi mesti nangis jugak.. pastu bapak suruh umi stop nangis.. nnt adik berat hati nak pegi.. lepas saya salam dan peluk bapak, bapak plak yang nangis, pastu umi plak yang pesan suruh stop nangis nanti adik berat hati nak pegi.. last2, bila saya melangkah berjalan masuk ke pintu masuk, umi dah menangis dan bapak menoleh muka kearah lain untuk menyembunyikan air matanya… so sweet… tersangatlah comel kedua ibu bapaku ini…

Ya Allah, kurniakanlah segala nikmat dan hidayah Mu kepada kedua orang tuaku…sesungguhnya, aku amat menyayangi mereka… lindungilah mereka… rahmatilah mereka…aku amat merindui mereka.. L

No comments:

Post a Comment