Tuesday 28 February 2012

BUAT MUKA??? :(


Buat muka??? Apakah itu??? Hehe… erm… sesuatu perbuatan tanpa disedari??? Well, actually hal nih selalu kita lihaT ataupun kita sendiri yang buat… terutama bila kita xpuas hati dengan seseorang, jelez dengan seseorang, sakit hati dengan seseorang dan juga bila berdepan dengan orang yang kita xsuka…

Selalunya penyakit buat muka nih ada pada perempuan… bukan niat nak mengutuk kaum sendiri tapi itulah hakikatnya… kalau takpun, sering ‘datang bulan’ dijadikan alasan kenapa mereka buat muka… adeh.. kenapalah mesti jadi begini….


Memang jelas kita lihat, bila bermasam muka, confirm2 dua orang hamba Allah ini tidak akan bertegur sapa antara satu sama lain… ditambah plak dengan keegoan masing2,langsung tidak bertegur sapa untuk beberapa jangka waktu,malah ada yang terus tidak bertegur sapa…

“Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al Hujuraat: 10)

Kenapalah mesti kita bermasam muka dengan orang sekeliling kita… kita yang ada masalah dengan orang lain, akhirnya kawan-kawan kita juga yang jadi mangsa dengan sikap kita… buat muka sepanjang perjalanan… INGAT!!! Kawan kita adalah seorang yang ada disisi kita, yang ingin menemani kita, yang hadir dengan hati terbuka… bukan seseorang yang kita cari atau kita pilih untuk bersahabat dengan kita… bila2 masa dia boleh pergi dari kita… so please lah… hargai teman-teman kita… jangan hanya kerana perangai kita yang buat muka xbertempat, kita kehilangan sahabat kita…

Memang lah sahabat yang sejati akan sentiasa bersabar dengan kita.. tetapi itu bukan alasan untuk kita kekal dengan perangai kita…

“ berubah demi kebaikan bukan suatu hipokrit…”

Yang paling menyakitkan,apabila kita bermasam muka, kita turut menyebabkan kawankita juga menjadi letih… menyebabkan dia badmood… menghancurkan semangat dia…merosakkan hari teman-teman sekeliling kite…  tidak pernah ke terdetik dihati kita rasa bersalah terhadap kawan-kawan kita??? Erm… sedarkah kita sebenarnya kita bersifat pentingkan diri sendiri???
Sering kita tidak cukup tidur, bergaduh dengan keluarga, dan banyak lagi masalah atau keadaan yang menyebabkan kita “ bad mood”… sepatutnya kite bersabar… bukannya melepaskan ‘bad mood’ kita pada kawan2 kita…

Jangan jadikan ‘ini memang sikap aku dari dulu’ sebagai alasan...


PLEASE LAH!!!! Stop mencipta seribu satu alasan… ubahlah diri sendiri… KERANA SETIAP MANUSIA ADA TAHAP KESABARAN MASING-MASING…bukan diri kita sahaja yang boleh buat pilihan…

“ I AM YOUR FRIEND… NOT YOUR OPTION…”

Janganlah hanya kerana sahabat kita seorang yang penyabar… alwaiz bersabarrrr… alwaiz fikirkan orang lain more than diri dia…. Alwaiz ada bersama kita… Alwaiz berdiam diri dengan sikap kita…  kita jadikan itu sebagai kelemahan dia…. Dia bersabar bukan kerana dia lemah… dia bersabar bukan kerana dia perlukan kita… dia bersabar bukan kerana dia tiada kawan lain… die bersabar bukan kerana dia lemah….

Dia bersabar kerana dia IKHLAS dengan persahabatan kita!!!!! Hargailah DIA!!!!
Bak kata orang ‘klau nak, aku pun boleh je wat muka kat ko k….
tapi aku xwat sebab ko kawan aku….paham!!!’

Remember this before it’s too late…


No comments:

Post a Comment